Sunday 10 July 2016

Survival...

L. I. F. E. again. 4 simple words. And yet it just can be so deep and complicated.

Then how about another 6 letter word??? F. A. M. I. L. Y. Another combinations of 6 simple letters. But equally complicated. 

Exactly like how others see but different from what we tend to feel and know. How much others know? How much others understand? ZERO. Nice to see, nice to say. Everything seems to look great and perfect!

Only we ourself know what is exactly happening... 🤔

45 days.

Many must be wondering... 45 days??? Why is it so??? Because is already 45 days from 20th May.

How am I? Not fine at all. Why? I suspect people. People suspect me. Unlimited of suspiciousness. I am the root and cause so I have to be responsible.

Am I crazy? Sooner ? Later? True. Why always suspect this and that??? No choice.

Miserable life...😢

Life is like a roller coaster. Everyone says there are always ups and downs in life. Or even life is filled with colourful colours. But why mine is only filled with black??? Many said i have great life. Many even envy but what everyone sees with their eyes??? It's only the outer layer. What is the content? No one knows and will ever understand except ourself. No difference to an egg. The shell looks nice and smooth but once it's broken up? The content is actually spoilt.

My parents hated me. My sister hated me. But insist me to tell them what should they do to compromise me. Why not I ask them back this question? What they want from me? You all know me too well. I am worse than rubbish in your eyes. Who am I? Your lives are filled with suspicious.
Everyday you all will be burdened by my presence. A while this. A while that.

My life is horrible. I hated myself so much. I am no different from garbage. Only cause unlimited of embarrassments. Only Hong will bring happiness and awesomeness to you all.

Friday 10 June 2016

LIFE...

PAST... What is it for all? A mental sandwich? With each passing moment I'm becoming part of the past. There is no future for me, just the past steadily accumulating. There is someone who told me that my past is always my past. However, even if I tried so hard to forget it, it still remembers me FOREVER! Past leaves nothing but scars. Scars have the strange power to remind us that our past is real. The events that cause them can never be forgotten. NOW... I can't see a future or present for myself. Instead, only the past  influences and dictates my EVERYTHING!!! 

How to destroy my past? There is NO WAY I can say. Impossible for me to leave my past instead I only can see it coming towards me like the thunderstorm which will never ending drenching on me... 

Its not right to HATE. But the more I know myself, the more hatred I have towards myself. 

I have wanted to quit so much. I wish I never exist. The future that I drew before is just a true illusion in my life. An egg has a the outer shell to protect it. So do I... What everyone see is just my shell. I wish I could tell you how much I care but all I can do is just sit and stare emptily at the wall. I don't know how to explain this pain its driving me crazy not being able to let it out I think I'll go insane. It hurts because your point of view is so IMPORTANT to me.





Monday 20 April 2015

Kata Pemeri

ISU KE-12

Perbezaan ‘ialah’ dan ‘adalah’

Nik Safiah Karim et al..  2006 menyatakan bahawa kata pemeri merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ‘ialah’ dan ‘adalah’ (Nik Safiah Karim et al..  2006). Menurut Nik Safiah Karim et al..  (2006) terdapat dua cara untuk menjelaskan pemerihalan :-
a.) Penggunaan kata pemeri ‘adalah’ digunakan secara huraian atau kualitatif.
b.) Penggunaan kata pemeri ‘ialah’ digunakan secara persamaan atau ekuatif.

Nik Safiah Karim et al..  (2006) menyelitkan contoh ayat untuk penggunaan kata pemeri ‘ialah’ di hadapan frasa nama seperti berikut:-
(1) (i) Perkara yang dibicarakan dalam ceramah itu ialah pentingnya pentingnya bahasa dalam budaya kita. 
(ii) Baju yang dipakainya itu ialah hadiah daripada kawannya yang menetap di Singapura.

Penggunaan kata pemeri ‘adalah’ akan hadir di hadapan frasa sendi dan frasa adjektif (Nik Safiah Karim et al., 2006). Contoh ayat- ayat berikut menunjukkan penggunaan kata pemeri ‘adalah’ (Nik Safiah Karim et al., 2006):-
(2) (i) Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembangunan negara ini.
(ii) Universiti itu adalah khusus dalam bidang perubatan sahaja.

Walaupun Nik Safiah Karim et al..  (2006) menjelaskan bahawa kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata nafi tetapi terdapay juga kekecualiannya, seperti contoh di bawah:-
(3) Keputusan itu adalah tidak adil.(Kata pemeri hadir di hadapan binaan kata nafi dengan      frasa adjektif)

Asmah Haji Omar (1993) pula menggunaka nama partikal pemerian dan bukan kata pemeri. Asmah Haji Omar (1993) menjelaskan bahawa partikal pemeri terdiri daripada ‘ialah’ dan ‘adalah’, serta kelihatan mempunyai fungsi yang sama manakala terdapat juga ciri-ciri yang membezakannya. Contoh ayat yang menujukkan fungsi persamaan antara partikel ‘ialah’ dan ‘adalah’ :-
(4) (i) Dia adalah kawan saya.
(ii) Ahmad ialah penghulu kampung itu. 

Asmah Haji Omar (1993) ialah perkataan ‘ialah’ sebenarnya merupakan kata anafora yang dibentuk berdasarkan gabungan ‘ia’ dan ‘lah’. Dengan ini jelaslah tergambar kata ‘ialah’ membuat rujukan ke belakang dan dengan itu dikatakan mempunyai hubungan anafora dengan subjek yang mendahuluinya. Contohnya, dalam ayat “Ahmad, ialah penghulu kampung ini”, telah menunjukkan kata ‘ialah’ membuat rujukan ke belakang kepada Ahmad. Di samping itu, untuk menjelaskan lagi kepada pembaca, Asmah Haji Omar (1993) menggantikan kata ‘ialah’ dengan kata ‘dialah’ di mana hubungan anaforanya akan lebih jelas tergambar. Namun demikian, Asmah Haji Omar (1993) menjeaskan lagi yang kata ‘ialah’ tidak wajib dalam sesuatu ayat dan boleh digugurkan. Contoh seperti berikut:-
(5) (i) Buku ini ialah buku saya.
    Buku ini buku saya.
(ii) Bunga ini ialah bunga mawar.
    Bunga ini bunga mawar.

Asmah Haji Omar (1993) menegaskan bahawa partikel ’ialah’ lazimnya tidak digunakan jika subjek ayat diwakili oleh kata nama tak bernyawa. Hai ini disebabkan kata ‘ia’ adalah kata ganti nama orang ketiga yang tidak merujuk kepada kata tak bernyawa. Namun demikian, kini terlahir juga ayat seperti dalam contoh ayat yang (5). 

Untuk partikel pemeri ‘adalah’ pula, Asmah Haji Omar (1993) mengaitkan dengan peminjaman kata asing dari bahasa Indonesia, di mana kata ‘adalah’ merupakan kata baru yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu dalam abad kedua-puluh ini. Selain itu, Asmah Haji Omar (1993) turut menjelaskan kelahiran kata ‘adalah’ merupakan hasil kerja kopula dalam bahasa Belanda dan Inggeris. Kata ‘adalah’ merupakan gabungan kata kerja ‘ada’ dan partikel penegas ‘lah’. Namun demikian, kata ini tidak boleh berfungsi sebagai kata kerja dalam sesuatu ayat (Asmah Haji Omar, 1993). Tambahan itu, kata ‘adalah’ mempunyai ciri-ciri berikut:-
(6) (i) Tidak dapat bediri sebagai kata sempurna seperti kata kerja.
(ii) Tidak dapat didahului oleh kata kerja bantu atau kata nafi.
(iii) Tidak dapat diikuti kata adverba.

Asmah Haji Omar (1993) turut mengkategorikan kata ‘adalah’ boleh digugurkan dan tidak wajib dalam sesuatu ayat. Contohnya:-
(7) (i) Ali adalah kawan saya.
    Ali kawan saya.
Namun demikian, terdapat juga perbezaan yang diselitkan oleh Asmah Haji Omar (1993), di mana kata ‘adalah’ tidak mempunyai sekatan dalam hubungan sintagmatiknya dengan subgolongan kata benda yang mendahului subjek ayat. Pendek kata, kata ganti nama dan kata nama boleh mendahului partikel pemeri ‘adalah’.

Kesimpulannya, jelas tergambar yang pandangan daripada kedua-dua tokoh tersebut tentang kata pemeri adalah jauh berbeza. Oleh demikian, keselarasan pandangan adalah amat penting agar para pelajar tidak keliru dengan perbezaan pandangan-pandangan yang diketengahkan apabila mereka membuat rujukan.




BIBLIOGRAFI

Asmah Haji Omar Edisi Keempat.  1993. Nahu Melayu Mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.


Nik Safiah Karim et al..  2006. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Thursday 16 April 2015

Perbezaan "memasak" dengan “memasakkan”?

ISU ke-10

Apakah perbezaan antara "memasak" dengan “memasakkan”?

Yang saya tahu, kedua-duanya merupakan kata kerja transitif yang perlu disambut oleh objek.

Menurut Nik Safiah Karim et al..  (2006), kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud maklumat sesuatu, sama ada kata kerja yang terbentuk itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan (Nik Safiah Karim et al.., 2006). Dengan ini, perkataan ‘memasak’ merupakan perkataan yang tergolong dalam golongan kata kerja melakukan sesuatu. Kata kerja transitif 'memasak' diikuti oleh objek penerima (Nik Safiah Karim et al.., 2006). Contohnya, “Ibu memasak gulai ikan untuk tetamu.” Ayat tersebut telah menggambarkan “gulai ikan” sebagai objek penerima. Semantara itu, perkataan ‘memasakkan’ pula terdiri daripada kata akar ‘masak’ berserta dengan apitan kata kerja meN-…-kan (Nik Safiah Karim et al.., 2006). Kata kerja transitif ‘memasakkan’ diikuti objek bergerak atau objek yang diterima. Nik Safiah Karim et al..  (2006) turut menjelaskan kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-…-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud benefaktif atau manfaat. Keadaan ini jelas tergambar untuk perkataan ‘memasakkan’, di mana perkataan ini akan diikuti oleh dua objek di belakangnya. Contoh ayat, “Ibu memasakkan tetamu gulai ikan.” Ayat tersebut telah menggambarkan kata kerja tansitif ‘memasakkan’ haruslah diikuti oleh objek bergerak atau objek yang diterima. Keadaan ini jelas tergambar apabila perkataan ’tetamu’ berfungsi sebagai objek bergerak atau objek yang diterima.

Tujaun saya mengutarakan isu ini adalah disebabkan saya mendapati ramai pelajar masih ragu-ragu bila untuk memasukkan imbuhan meN- dan imbuhan apitan meN-… -kan ke dalam kata akar tersebut. 

Bukan itu sahaja, saya turut menemui banyak kesilapan dalam tulisan para pelajar. Salah satu contoh ialah “Dia meminjamkan saya pensel itu.” Pelajar tersebut telah membuat kesilapan kerana perkataan ‘meminjamkan’ adalah salah penggunaannya. Sebaliknya, ayat tersebut seharusnya begini, “Dia meminjam saya pensel itu” atau “Dia meminjamkan pensel itu kepada saya.

Masalah ini timbul lagi apabila ayat tersebut dalam bentuk pasif. Misalnya, “Saya diberikan peluang untuk mengajar di negeri kelahiran saya.” Ayat ini adalah salah. Ayat yang betul adalah seperti berikut, “Saya diberi peluang untuk mengajar di negeri kelahiran saya.” Hal ini disebabkan apabila dikatakan “Saya diberikan”, pasti akan timbul persoalan di mana “kepada siapakah saya diberikan?

BIBLIOGRAFI

Nik Safiah Karim et al..  2006. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Tuesday 14 April 2015

BIcara Datuk Lee Chong Wei

ISU 8

ISU TERSURAT

Menurut Hamidi SP (2014), pada tahun lalu bulan Ogos, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita gempar iaitu hasil ujian Sampel B milik Datuk Lee Chong Wei, 32, yang dikeluarkan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Antidoping (ADAMS) didapati sama dengan keputusan ujian doping Sampel A yang positif sebelum ini. Lee Chong Wei telah menafi bahawa beliau mengambil dadah terlarang jenis Deksametason. 

Melalui penjelasan Abdul Rahman Shah (2014), dexamethasone diklasifikasikan sebagai bahan terlarang oleh Agensi Anti Doping Sedunia (World Anti Doping Agency) kerana sebagai bahan stimulan, ia dipercayai mampu mengubah dan meningkatkan prestasi pemain. Menurut Abdul Rahman Shah (2014), bahan ini juga digunakan secara meluas sebagai ubat anti radang dan sebagai imunosupresif, biasanya digunakan oleh atlet yang mengalami kecederaan  dalam proses rehabilitasi.
Laporan pertama telah melaporkan Chong Wei gagal dalam ujian dadah ppada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen (Abdul Rahman Shah, 2014). Kemudian, pada 5 November 2014, ujian kedua telah dilakukan sekali lagi menerusi ‘sampel B’ di Hospital Universiti Oslo di Norway (Abdul Rahman Shah, 2014).
Hasrul Hassan (2014) menyelitkan catatan sebenar Datuk Lee yang kini sedang berhadapan dengan isu dexamethasone. Di samping itu, beliau turut berkata bahawa dexamethasone merupakan sejenis steroid untuk penyembuhan dan bukan steroid jenis enhancer atau peningkatan. Maka, adalah tidak benar apabila terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan pemain badminton nombor satu dunia itu mengambil dadah untuk meraih kejayaan.

Tambahan pula, Kak T (2014), turut menunjukkan di mana keluarga beberapa jaguh badminton negara dilihat bertelagah mengenai keputusan positif bahan terlarang jenis dexamethasone yang dihadapi oleh ikon negara kita iaitu Datuk Lee Chong Wei. Kak T (2014) memetik daripada akhbar Kosmo di mana bekas beregu negara Razif Sidek dilihat seolah-olah telah lama tahu yang Datuk Lee menggunakan bahan terlarang berkenaan. Beliau berkata “Sebelum ini, susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh, kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama.” Tambahan pula, beliau turut berkata bahawa ramai pegawai dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari kesalahan yang dilakukan Lee tetapi tiada yang berani bersuara kerana kredibilitinya sebagai seorang jaguh dunia.

Namun demikian, Rashid Sidek yang berjawatan sebagai ketua jurulatih perseorangan negara, beliau dilihat berpihak pada Datuk Lee selain bersedia memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Panel Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes doping membabitkan jaguh badminton negara ini (Kak T, 2014). Keadaan ini jelas tergambar apabila, Rashid Sidek berkata “Bagi saya, beliau tidak bernasib baik (dalam kes doping ini). Secara jujur, dia seorang pemain yang baik dan mempunyai komitmen tinggi (dalam sesi latihan). Dia dapat atasi segala rintangan sebelum berada di mana dia sekarang.” Tambahan pula, beliau turut mengatakan “Secara terbuka, saya memang sentiasa memberi sokongan kepada beliau. Saya sudah lama melatih dia selain mengenali karakternya yang jujur.”  

Selepas itu, Malaysian Insider (2014) menyatakan bagaimana reaksi Datuk Lee setelah mendengar kenyataan yang dibuat oleh Razif Sidek. Melalui Malaysia Insider (2014), Datuk Lee amat marah ketika berita itu mula-mula dilaporkan dan diberitahu bahawa beliau cuba menghubungi Razif tetapi tidak berjaya. Beliau turut berkata yang beliau tidak boleh biar begitu sahaja kerana dia memfitnah saya (Malaysian Insider, 2014). Menurut Datuk Lee, beliau berkata kepada Razif Sidek, “Sebagai bekas pemain badminton, dia seharusnya sedar dia tidak patut membuat tuduhan palsu kepada saya, terutamanya saat saya sedang menghadapi kesukaran.” 

Malaysian Insider (2014) juga menggambarkan yang Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam reaksinya menyifatkan dakwaan Razif itu tidak berasas dan menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi sehingga ia diputuskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menurut Staf Berita Semasa (2014), Menteri Belia dan Sukan, TB Khairy Jamaluddin telah mengamuk sebaik sahaja dimaklumkan yang mana rakan baik beliau telah gagal dalam ujian doping yang dilakukan terhadap ikon badminton negara ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairu Jamaluddin berkata ujian keputusan Datuk Lee tidak patut dibandingkan dengan kes membabitkan atlet antarabangsa lain seperti Ben Johnson atau Lance Armstrong (Staf Berita Semasa, 2014). Hal ini disebabkan bahan terlarang yang dikesan dalam air kencing beliau adalah steroid yang digunakan semasa proses pemulihan atlet (Staf Berita Semasa, 2014). Staf Berita Semasa (2014) turut menjelaskan bahawa Datuk Lee dilaporkan positif ujian doping bagi Sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos yang lalu. 

Dengan menyedihakan, Utusan Online (2014) memberitahu bahawa harapan untuk menyaksikan pemain negara Malaysia ke perlawanan akhir dalam Siri Super Premier Terbuka China punah apabila perseorangan kedua negara, Chong Wei Fong tersingkir pada pusingan kedua dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Tan Meng Kian setakat melangkah ke suku akhir manakala Mohd. Arif Abdul Latif dan Goh Soon Huat terkandas di pusingan ketiga. Keadaan ini disebabkan ketiadaan bintang nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang digantung sementara nyata memberi kesan kepada badminton negara (Utusan Online, 2014).

ISU TERSIRAT
Banyak cerita yang telahpun kita baca menerusi dada akhbar namun demikian pasti ramai di antara kami yang masih akan tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku dalam kes ini? Pasti ada juga pihak yang kehairanan mengapa Datuk Lee Chong Wei tidak memberikan penjelasan awal ketika mula-mula isu ini dibangkitkan dan dikaitkan dengan namanya. Dalam LAMPIRAN 1, saya telah menyelitkan suatu catatan eksklusif milik blogger sukan Satwant Singh Dhaliwal. Catatan ini merupakan perbualan yang direkodkan oleh blogger dan wartawan sukan Satwant Singh Dhaliwal.
Setelah membaca luahan Datuk Lee, saya pasti misteri mengapa beliau pergi bercuti ke luar negara dan mengapa tiada ulasa atau penafian yang dilakukan pada awalnya dah terjawab. Dalam LAMPIRAN 1, hanya terdapat sebahagian daripada catatan atau luahan sebenar Datuk Lee sebelum sampel B dihantar he Hospital Universiti Oslo, Norway. Dalam LAMPIRAN 2, saya telah menyelitkan apa yang berlaku seterusnya pula.
Antara isu tersirat untuk kes pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah didapati gagal ujian doping di mana ianya mengandungi Dexamethasone ialah atlet itu sendiri akan dipandang serong oleh masyarakat kerana pada tanggapan mereka, atlet tersebut telah berjaya menempa nama dan prestasi yang cemerlang dalam sukan selama ini adalah kerana penggunaan dadah yang secara tidak langsung akan meningkatkan stamina dan persembahan mereka. Selaras ini, masyarakat pasti akan menganggap segala kemenangan yang diraih oleh atlet tersebut adalah dicapai melalui cara yang tidak jujur. Hal ini sekaligus akan menyebabkan masyarakat berasa kurang yakin terhadap pencapaian yang dicapai oleh atlet tersebut selama ini. Bukan itu sahaja, atlet tersebut sendiri akan menghadapi tekanan apabila gagal dalam ujian doping. Tekanan ini secara tak langsung pasti akan menjejaskan prestasi mereka. Tambahan itu, seseorang atlet turut akan digantung daripada menyertai mana-mana pertandingan dan latihan untuk sesuatu tempoh ditetapkan. 

Selain itu, isu doping ini turut akan menjatuhkan maruah sukan negara kita. Keadaan ini jelas tergambar apabila negara kita dipandang serong oleh negara-negara lain. Hal ini adalah disebabkan mereka pasti akan menganggap atlet-atlet negara kita adalah tidak jujur dan pencapaian mereka adalah dicapai dengan cara menipu. Selaras ini, negara-negara lain akan membuat kesimpulan di mana atlet-atlet negara kita tidak layak untuk bertanding. Bukan itu sahaja, tahap pengawalan pemakanan atlet oleh pihak-pihak bertanggungjawab di negara kita juga akan disyaki yang tahap kawalan di negara adalah longgar dan tada piawaian yang baik. Tambahan itu, negara kita sendiri turut akan mengalami kerugian kerana akan kehilangan atlet yang berpotensi. Keadaan ini jelas tergambar apabila seseorang atlet gagal dalam ujian doping, beliau pasti akandigantung daripada bertanding dalam mana-mana pertandingan untuk satu tempoh masa yang agak panjang, seperti kes Datuk Lee, jika beliau didapati bersalah, beliau akan digantung selama dua tahun untuk bertanding dalam mana-mana pertandingan. Hal ini pasti akan menyebabkan negara kita gagal mendapat pengiktirafan dan masa yang agak lama juga diperlukan untuk membaik pulih keadaan. 

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia yang berpelajaran seiring Wawasan 2020, kita perlu lebih buka mata melalui isu doping atlet-atlet ini untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang apabila ingin menggunakan produk herba. Contohnya, para pemain dan pelatih harus diberikan pendidikan dan pengetahuan mengenai bahan terlarang dalam sukan dengan secukupnya. Keadaan ini adalah disebabkan ramai di antara atlet negara kita yang masih kurang pengetahuan mengenai bahan-bahan tersebut terutamanya apabila mereka mengambil supplemen-supplemen seperti ubat-ubatan tradisional. Kesinambungan itu, saya juga berharap atlet-atlet negara akan lebih prihatin tentang pemakanan mereka di sampaing perlantikan ahli farmasi yang berdaftar untuk mengawasi pengambilan ubat-ubatan oleh setiap atlet agar tidak lagi berlaku kes doping seperti ini berlaku lagi pada masa hadapan.


BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Shah, (November 10, 2014). Isu doping: Atlet kita penagih? - Abdul Rahman Shah. Akses daripada
Hamidi SP, (Oktober 18, 2014). Lee Chong Wei Sah Positif Dadah Jenis Deksametason. Akses daripada http://www.sentiasapanas.com/2014/11/lee-chong-wei-sah-positif-dadah-jenis.html pada 12 April, 10.10pm

Hasrul Hassan, (November 9, 2014). Luahan Lee Chong Wei Mengenai Isu Dexamethasone. Akses daripada http://www.hasrulhassan.com/2014/11/luahan-lee-chong-wei-mengenai-isu.html pada 13 April, 4.55pm

Malaysian Insider, (Disember 2, 2014). Chong Wei saman Razif Sidek, akhbar kerana tuduhan ‘doping’. Akses daripada http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/chong-wei-saman-razif-sidek-akhbar-kerana-tuduhan-doping pada 11 April, 2.55pm

Kak T, (November 10, 2014). Rashid Sidek dan Razif Sidek Bergaduh Kerana Isu Dadah Lee Chong Wei. Akses daripada http://www.dramadunia.my/2014/11/rashid-sidek-razif-sidek-bergaduh.html pada 13 April, 5.35pm

Utusan Online (November 16, 2014). Ketiadaan Chong Wei tunjuk kesan. Akses daripada http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/ketiadaan-chong-wei-tunjuk-kesan-1.25003 pada 13 April 10.35pm


Staf Berita Semasa (Oktober 22, 2014). Lee Chong Wei Gagal Ujian Doping (Doping Test). Chong Wei Positif Dadah! Raja Badminton Malaysia Mungkin Digantung 2 Tahun?. Akses daripada http://www.beritasemasa.com.my/lee-chong-wei-positif-dadah-doping

LAMPIRAN 1 - http://www.hasrulhassan.com/2014/11/luahan-lee-chong-wei-mengenai-isu.html