Tuesday 14 April 2015

BIcara Datuk Lee Chong Wei

ISU 8

ISU TERSURAT

Menurut Hamidi SP (2014), pada tahun lalu bulan Ogos, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita gempar iaitu hasil ujian Sampel B milik Datuk Lee Chong Wei, 32, yang dikeluarkan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Antidoping (ADAMS) didapati sama dengan keputusan ujian doping Sampel A yang positif sebelum ini. Lee Chong Wei telah menafi bahawa beliau mengambil dadah terlarang jenis Deksametason. 

Melalui penjelasan Abdul Rahman Shah (2014), dexamethasone diklasifikasikan sebagai bahan terlarang oleh Agensi Anti Doping Sedunia (World Anti Doping Agency) kerana sebagai bahan stimulan, ia dipercayai mampu mengubah dan meningkatkan prestasi pemain. Menurut Abdul Rahman Shah (2014), bahan ini juga digunakan secara meluas sebagai ubat anti radang dan sebagai imunosupresif, biasanya digunakan oleh atlet yang mengalami kecederaan  dalam proses rehabilitasi.
Laporan pertama telah melaporkan Chong Wei gagal dalam ujian dadah ppada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen (Abdul Rahman Shah, 2014). Kemudian, pada 5 November 2014, ujian kedua telah dilakukan sekali lagi menerusi ‘sampel B’ di Hospital Universiti Oslo di Norway (Abdul Rahman Shah, 2014).
Hasrul Hassan (2014) menyelitkan catatan sebenar Datuk Lee yang kini sedang berhadapan dengan isu dexamethasone. Di samping itu, beliau turut berkata bahawa dexamethasone merupakan sejenis steroid untuk penyembuhan dan bukan steroid jenis enhancer atau peningkatan. Maka, adalah tidak benar apabila terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan pemain badminton nombor satu dunia itu mengambil dadah untuk meraih kejayaan.

Tambahan pula, Kak T (2014), turut menunjukkan di mana keluarga beberapa jaguh badminton negara dilihat bertelagah mengenai keputusan positif bahan terlarang jenis dexamethasone yang dihadapi oleh ikon negara kita iaitu Datuk Lee Chong Wei. Kak T (2014) memetik daripada akhbar Kosmo di mana bekas beregu negara Razif Sidek dilihat seolah-olah telah lama tahu yang Datuk Lee menggunakan bahan terlarang berkenaan. Beliau berkata “Sebelum ini, susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh, kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama.” Tambahan pula, beliau turut berkata bahawa ramai pegawai dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari kesalahan yang dilakukan Lee tetapi tiada yang berani bersuara kerana kredibilitinya sebagai seorang jaguh dunia.

Namun demikian, Rashid Sidek yang berjawatan sebagai ketua jurulatih perseorangan negara, beliau dilihat berpihak pada Datuk Lee selain bersedia memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Panel Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes doping membabitkan jaguh badminton negara ini (Kak T, 2014). Keadaan ini jelas tergambar apabila, Rashid Sidek berkata “Bagi saya, beliau tidak bernasib baik (dalam kes doping ini). Secara jujur, dia seorang pemain yang baik dan mempunyai komitmen tinggi (dalam sesi latihan). Dia dapat atasi segala rintangan sebelum berada di mana dia sekarang.” Tambahan pula, beliau turut mengatakan “Secara terbuka, saya memang sentiasa memberi sokongan kepada beliau. Saya sudah lama melatih dia selain mengenali karakternya yang jujur.”  

Selepas itu, Malaysian Insider (2014) menyatakan bagaimana reaksi Datuk Lee setelah mendengar kenyataan yang dibuat oleh Razif Sidek. Melalui Malaysia Insider (2014), Datuk Lee amat marah ketika berita itu mula-mula dilaporkan dan diberitahu bahawa beliau cuba menghubungi Razif tetapi tidak berjaya. Beliau turut berkata yang beliau tidak boleh biar begitu sahaja kerana dia memfitnah saya (Malaysian Insider, 2014). Menurut Datuk Lee, beliau berkata kepada Razif Sidek, “Sebagai bekas pemain badminton, dia seharusnya sedar dia tidak patut membuat tuduhan palsu kepada saya, terutamanya saat saya sedang menghadapi kesukaran.” 

Malaysian Insider (2014) juga menggambarkan yang Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam reaksinya menyifatkan dakwaan Razif itu tidak berasas dan menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi sehingga ia diputuskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menurut Staf Berita Semasa (2014), Menteri Belia dan Sukan, TB Khairy Jamaluddin telah mengamuk sebaik sahaja dimaklumkan yang mana rakan baik beliau telah gagal dalam ujian doping yang dilakukan terhadap ikon badminton negara ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairu Jamaluddin berkata ujian keputusan Datuk Lee tidak patut dibandingkan dengan kes membabitkan atlet antarabangsa lain seperti Ben Johnson atau Lance Armstrong (Staf Berita Semasa, 2014). Hal ini disebabkan bahan terlarang yang dikesan dalam air kencing beliau adalah steroid yang digunakan semasa proses pemulihan atlet (Staf Berita Semasa, 2014). Staf Berita Semasa (2014) turut menjelaskan bahawa Datuk Lee dilaporkan positif ujian doping bagi Sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos yang lalu. 

Dengan menyedihakan, Utusan Online (2014) memberitahu bahawa harapan untuk menyaksikan pemain negara Malaysia ke perlawanan akhir dalam Siri Super Premier Terbuka China punah apabila perseorangan kedua negara, Chong Wei Fong tersingkir pada pusingan kedua dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Tan Meng Kian setakat melangkah ke suku akhir manakala Mohd. Arif Abdul Latif dan Goh Soon Huat terkandas di pusingan ketiga. Keadaan ini disebabkan ketiadaan bintang nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang digantung sementara nyata memberi kesan kepada badminton negara (Utusan Online, 2014).

ISU TERSIRAT
Banyak cerita yang telahpun kita baca menerusi dada akhbar namun demikian pasti ramai di antara kami yang masih akan tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku dalam kes ini? Pasti ada juga pihak yang kehairanan mengapa Datuk Lee Chong Wei tidak memberikan penjelasan awal ketika mula-mula isu ini dibangkitkan dan dikaitkan dengan namanya. Dalam LAMPIRAN 1, saya telah menyelitkan suatu catatan eksklusif milik blogger sukan Satwant Singh Dhaliwal. Catatan ini merupakan perbualan yang direkodkan oleh blogger dan wartawan sukan Satwant Singh Dhaliwal.
Setelah membaca luahan Datuk Lee, saya pasti misteri mengapa beliau pergi bercuti ke luar negara dan mengapa tiada ulasa atau penafian yang dilakukan pada awalnya dah terjawab. Dalam LAMPIRAN 1, hanya terdapat sebahagian daripada catatan atau luahan sebenar Datuk Lee sebelum sampel B dihantar he Hospital Universiti Oslo, Norway. Dalam LAMPIRAN 2, saya telah menyelitkan apa yang berlaku seterusnya pula.
Antara isu tersirat untuk kes pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah didapati gagal ujian doping di mana ianya mengandungi Dexamethasone ialah atlet itu sendiri akan dipandang serong oleh masyarakat kerana pada tanggapan mereka, atlet tersebut telah berjaya menempa nama dan prestasi yang cemerlang dalam sukan selama ini adalah kerana penggunaan dadah yang secara tidak langsung akan meningkatkan stamina dan persembahan mereka. Selaras ini, masyarakat pasti akan menganggap segala kemenangan yang diraih oleh atlet tersebut adalah dicapai melalui cara yang tidak jujur. Hal ini sekaligus akan menyebabkan masyarakat berasa kurang yakin terhadap pencapaian yang dicapai oleh atlet tersebut selama ini. Bukan itu sahaja, atlet tersebut sendiri akan menghadapi tekanan apabila gagal dalam ujian doping. Tekanan ini secara tak langsung pasti akan menjejaskan prestasi mereka. Tambahan itu, seseorang atlet turut akan digantung daripada menyertai mana-mana pertandingan dan latihan untuk sesuatu tempoh ditetapkan. 

Selain itu, isu doping ini turut akan menjatuhkan maruah sukan negara kita. Keadaan ini jelas tergambar apabila negara kita dipandang serong oleh negara-negara lain. Hal ini adalah disebabkan mereka pasti akan menganggap atlet-atlet negara kita adalah tidak jujur dan pencapaian mereka adalah dicapai dengan cara menipu. Selaras ini, negara-negara lain akan membuat kesimpulan di mana atlet-atlet negara kita tidak layak untuk bertanding. Bukan itu sahaja, tahap pengawalan pemakanan atlet oleh pihak-pihak bertanggungjawab di negara kita juga akan disyaki yang tahap kawalan di negara adalah longgar dan tada piawaian yang baik. Tambahan itu, negara kita sendiri turut akan mengalami kerugian kerana akan kehilangan atlet yang berpotensi. Keadaan ini jelas tergambar apabila seseorang atlet gagal dalam ujian doping, beliau pasti akandigantung daripada bertanding dalam mana-mana pertandingan untuk satu tempoh masa yang agak panjang, seperti kes Datuk Lee, jika beliau didapati bersalah, beliau akan digantung selama dua tahun untuk bertanding dalam mana-mana pertandingan. Hal ini pasti akan menyebabkan negara kita gagal mendapat pengiktirafan dan masa yang agak lama juga diperlukan untuk membaik pulih keadaan. 

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia yang berpelajaran seiring Wawasan 2020, kita perlu lebih buka mata melalui isu doping atlet-atlet ini untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang apabila ingin menggunakan produk herba. Contohnya, para pemain dan pelatih harus diberikan pendidikan dan pengetahuan mengenai bahan terlarang dalam sukan dengan secukupnya. Keadaan ini adalah disebabkan ramai di antara atlet negara kita yang masih kurang pengetahuan mengenai bahan-bahan tersebut terutamanya apabila mereka mengambil supplemen-supplemen seperti ubat-ubatan tradisional. Kesinambungan itu, saya juga berharap atlet-atlet negara akan lebih prihatin tentang pemakanan mereka di sampaing perlantikan ahli farmasi yang berdaftar untuk mengawasi pengambilan ubat-ubatan oleh setiap atlet agar tidak lagi berlaku kes doping seperti ini berlaku lagi pada masa hadapan.


BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Shah, (November 10, 2014). Isu doping: Atlet kita penagih? - Abdul Rahman Shah. Akses daripada
Hamidi SP, (Oktober 18, 2014). Lee Chong Wei Sah Positif Dadah Jenis Deksametason. Akses daripada http://www.sentiasapanas.com/2014/11/lee-chong-wei-sah-positif-dadah-jenis.html pada 12 April, 10.10pm

Hasrul Hassan, (November 9, 2014). Luahan Lee Chong Wei Mengenai Isu Dexamethasone. Akses daripada http://www.hasrulhassan.com/2014/11/luahan-lee-chong-wei-mengenai-isu.html pada 13 April, 4.55pm

Malaysian Insider, (Disember 2, 2014). Chong Wei saman Razif Sidek, akhbar kerana tuduhan ‘doping’. Akses daripada http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/chong-wei-saman-razif-sidek-akhbar-kerana-tuduhan-doping pada 11 April, 2.55pm

Kak T, (November 10, 2014). Rashid Sidek dan Razif Sidek Bergaduh Kerana Isu Dadah Lee Chong Wei. Akses daripada http://www.dramadunia.my/2014/11/rashid-sidek-razif-sidek-bergaduh.html pada 13 April, 5.35pm

Utusan Online (November 16, 2014). Ketiadaan Chong Wei tunjuk kesan. Akses daripada http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/ketiadaan-chong-wei-tunjuk-kesan-1.25003 pada 13 April 10.35pm


Staf Berita Semasa (Oktober 22, 2014). Lee Chong Wei Gagal Ujian Doping (Doping Test). Chong Wei Positif Dadah! Raja Badminton Malaysia Mungkin Digantung 2 Tahun?. Akses daripada http://www.beritasemasa.com.my/lee-chong-wei-positif-dadah-doping

LAMPIRAN 1 - http://www.hasrulhassan.com/2014/11/luahan-lee-chong-wei-mengenai-isu.html

No comments:

Post a Comment