Monday 20 April 2015

Kata Pemeri

ISU KE-12

Perbezaan ‘ialah’ dan ‘adalah’

Nik Safiah Karim et al..  2006 menyatakan bahawa kata pemeri merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ‘ialah’ dan ‘adalah’ (Nik Safiah Karim et al..  2006). Menurut Nik Safiah Karim et al..  (2006) terdapat dua cara untuk menjelaskan pemerihalan :-
a.) Penggunaan kata pemeri ‘adalah’ digunakan secara huraian atau kualitatif.
b.) Penggunaan kata pemeri ‘ialah’ digunakan secara persamaan atau ekuatif.

Nik Safiah Karim et al..  (2006) menyelitkan contoh ayat untuk penggunaan kata pemeri ‘ialah’ di hadapan frasa nama seperti berikut:-
(1) (i) Perkara yang dibicarakan dalam ceramah itu ialah pentingnya pentingnya bahasa dalam budaya kita. 
(ii) Baju yang dipakainya itu ialah hadiah daripada kawannya yang menetap di Singapura.

Penggunaan kata pemeri ‘adalah’ akan hadir di hadapan frasa sendi dan frasa adjektif (Nik Safiah Karim et al., 2006). Contoh ayat- ayat berikut menunjukkan penggunaan kata pemeri ‘adalah’ (Nik Safiah Karim et al., 2006):-
(2) (i) Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembangunan negara ini.
(ii) Universiti itu adalah khusus dalam bidang perubatan sahaja.

Walaupun Nik Safiah Karim et al..  (2006) menjelaskan bahawa kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata nafi tetapi terdapay juga kekecualiannya, seperti contoh di bawah:-
(3) Keputusan itu adalah tidak adil.(Kata pemeri hadir di hadapan binaan kata nafi dengan      frasa adjektif)

Asmah Haji Omar (1993) pula menggunaka nama partikal pemerian dan bukan kata pemeri. Asmah Haji Omar (1993) menjelaskan bahawa partikal pemeri terdiri daripada ‘ialah’ dan ‘adalah’, serta kelihatan mempunyai fungsi yang sama manakala terdapat juga ciri-ciri yang membezakannya. Contoh ayat yang menujukkan fungsi persamaan antara partikel ‘ialah’ dan ‘adalah’ :-
(4) (i) Dia adalah kawan saya.
(ii) Ahmad ialah penghulu kampung itu. 

Asmah Haji Omar (1993) ialah perkataan ‘ialah’ sebenarnya merupakan kata anafora yang dibentuk berdasarkan gabungan ‘ia’ dan ‘lah’. Dengan ini jelaslah tergambar kata ‘ialah’ membuat rujukan ke belakang dan dengan itu dikatakan mempunyai hubungan anafora dengan subjek yang mendahuluinya. Contohnya, dalam ayat “Ahmad, ialah penghulu kampung ini”, telah menunjukkan kata ‘ialah’ membuat rujukan ke belakang kepada Ahmad. Di samping itu, untuk menjelaskan lagi kepada pembaca, Asmah Haji Omar (1993) menggantikan kata ‘ialah’ dengan kata ‘dialah’ di mana hubungan anaforanya akan lebih jelas tergambar. Namun demikian, Asmah Haji Omar (1993) menjeaskan lagi yang kata ‘ialah’ tidak wajib dalam sesuatu ayat dan boleh digugurkan. Contoh seperti berikut:-
(5) (i) Buku ini ialah buku saya.
    Buku ini buku saya.
(ii) Bunga ini ialah bunga mawar.
    Bunga ini bunga mawar.

Asmah Haji Omar (1993) menegaskan bahawa partikel ’ialah’ lazimnya tidak digunakan jika subjek ayat diwakili oleh kata nama tak bernyawa. Hai ini disebabkan kata ‘ia’ adalah kata ganti nama orang ketiga yang tidak merujuk kepada kata tak bernyawa. Namun demikian, kini terlahir juga ayat seperti dalam contoh ayat yang (5). 

Untuk partikel pemeri ‘adalah’ pula, Asmah Haji Omar (1993) mengaitkan dengan peminjaman kata asing dari bahasa Indonesia, di mana kata ‘adalah’ merupakan kata baru yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu dalam abad kedua-puluh ini. Selain itu, Asmah Haji Omar (1993) turut menjelaskan kelahiran kata ‘adalah’ merupakan hasil kerja kopula dalam bahasa Belanda dan Inggeris. Kata ‘adalah’ merupakan gabungan kata kerja ‘ada’ dan partikel penegas ‘lah’. Namun demikian, kata ini tidak boleh berfungsi sebagai kata kerja dalam sesuatu ayat (Asmah Haji Omar, 1993). Tambahan itu, kata ‘adalah’ mempunyai ciri-ciri berikut:-
(6) (i) Tidak dapat bediri sebagai kata sempurna seperti kata kerja.
(ii) Tidak dapat didahului oleh kata kerja bantu atau kata nafi.
(iii) Tidak dapat diikuti kata adverba.

Asmah Haji Omar (1993) turut mengkategorikan kata ‘adalah’ boleh digugurkan dan tidak wajib dalam sesuatu ayat. Contohnya:-
(7) (i) Ali adalah kawan saya.
    Ali kawan saya.
Namun demikian, terdapat juga perbezaan yang diselitkan oleh Asmah Haji Omar (1993), di mana kata ‘adalah’ tidak mempunyai sekatan dalam hubungan sintagmatiknya dengan subgolongan kata benda yang mendahului subjek ayat. Pendek kata, kata ganti nama dan kata nama boleh mendahului partikel pemeri ‘adalah’.

Kesimpulannya, jelas tergambar yang pandangan daripada kedua-dua tokoh tersebut tentang kata pemeri adalah jauh berbeza. Oleh demikian, keselarasan pandangan adalah amat penting agar para pelajar tidak keliru dengan perbezaan pandangan-pandangan yang diketengahkan apabila mereka membuat rujukan.




BIBLIOGRAFI

Asmah Haji Omar Edisi Keempat.  1993. Nahu Melayu Mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.


Nik Safiah Karim et al..  2006. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

1 comment: