Monday 13 April 2015

Bicara filem horor kini dan zaman dulu

ISU 7
Bicara tentang filem tentu tidak ada habisnya. Mulai dari cerita, pemain, cara pelakon berlakon, setting tempat dan juga budaya serta pesan moral yang terdapat dalam filem tersebut. Saya telah menonton dua jenis filem horor dari Indonesia. Filem pertama yang saya tonton ialah filem horor masa dulu dan satu lagi ialah filem horor masa kini. 

Saya sebagai penonton berasa filem horor dulu lebih berkualiti jika dibandingkan dengan filem horor masa kini. Tujuan utama filem horor adalah untuk menakuti penonton. Oleh demikian, filem horor zaman dulu lebih memenuhi tujuan tersebut. Keadaan ini jelas tergambar melalui filem ‘Malam Satu Suro’ yang dibintangi oleh pelakon Suzana yang berjaya membuatkan penontonnya menjerit dengan histeris dan jantung berdetak kencang ketika menonton adegan-adegan dalam filem horor tersebut. 

Namun demikian, dari segi peralatan dan makeup pula, filem horor zaman dulu memang jauh tertinggal jika dibandingkan dengan filem horor zaman kini. Keadaan ini jelas tergambar apabila filem dulu hanya menggunakan makeup yang sederhana kerana pada zaman dulu tiada peralatan yang semodern zaman sekarang. 

Dari segi cerita, filem horor zaman dulu amat menyungguhkan cerita yang saling berhubungan dari awal hingga akhir. Keadaan ini jelas tergambar filem horor dulu lebih berani menayangkan adegan-adegan menyeramkan dan kebanyakannya akan membuatkankan penontonnya berasa takut terutamanya jika menonton di tempat yang gelap secara sendirian. Namun demikian, filem horor kini lebih diselingi dengan adegan-adegan komedi dan seks. Keadaan ini bukan sahaja tidak menyebabkan penontonnya ketakutan, sebaliknya menyebabkan penontonnya tertawa terbahak-terbahak kerana kebanyakan genre yang diangkat merupakan horor komedi. Salah satu filem horor yang telah saya tonton adalah bertajuk ‘Air Terjun Pengantin’. Dalam filem tersebut, pelakon-pelakon perempuan hanya mengenakan pakaian renang atauapun mengenakan pakaian ketat yang memperlihatkan tubuh badan mereka. Adegan-adegan ranjang juga telah menjadi daya tarikan utama dalam filem Indonesia pada masa kini. 

Pendek kata, kebanyakan filem horor zaman sekarang lebih menyungguhkan keseronokan dan cara untuk meningkatkan pemasaran filem tersebut. Oleh demikian, kualiti untuk filem horor bukan lagi bertemakan horor lagi. Sebaliknya, syarikat perfileman kini lebih kepada keuntungan semata-mata dan filem yang dibuat adakalanya tidak ada tema langsung. Selaras ini, jelas terbukti apabila kebanyakan filem horor kini lebih kepada menjual kemolekan tubuh para pelakonnya terutama pelakon-pelakon wanita dalam filem tersebut. 


BIBLIOGRAFI

Film Air Terjun Pengantin Phuket - YouTube. Akses daripada https://www.youtube.com/watch?v=VFA16xpI6pU

Suzana Malam Satu Suro - YouTube. Akses daripada https://www.youtube.com/watch?v=z1YsFD7ztas


No comments:

Post a Comment